Sunday, July 31, 2011

suram

don't know why aku amat beremosi tonight
sgt2 sebak tatkala alunan zikrullah bergema sempena malam 1 Ramadhan
adakah aku punya waktu utk mengucup tangan mak dan ayah
terlalu banyak yang terjadi dalam waktu ini

air mata tak mampu lagi bertahan
terimbau kenangan silam..zaman kanak2..di kampung
kami dibesarkan dgn penuh kepayahan..kemiskinan
tapi aku tak pernah terpikir itu dinamakan 'kemiskinan'..
makin meniti usia..aku bekerja keras utk hidup..tak nak menyusahkan mak ayah
zaman student aku keje balaci di cafe Bt Jalil time cuti, part time tutor bila semester bermula
bila grad, aku terus keje data entry kat JPA waktu pagi, tengahari aku masuk keje kat pump station until 1am..every single day.. semua semata2 utk hidup..utk mak ayah

well, takdir Allah ..even aku ditawarkan peluang as lecturer, tapi hati aku tak kesitu
rezeki aku bermula dari JPA..and lagi sekali kuasa Allah, kesabaran dan kesungguhan aku berbayar.. terima kasih kepada En. K (rasa2 skrg dah bergelar Datuk) aku takkan lupa jasa dia. aku diberi ruang ke sebuah kementerian pusat yang cukup power and division yg cukup sensitif. masuk dept. yang selalu digeruni lantaran bos besarnya yang dikata 'menyinga'
tapi bagi aku..kalau kita melaksanakan amanah dgn ikhlas dan ikut lunas yang betul..takkan org nak marah tak tentu pasal..and alhamdulillah i can blend well with all.. and i had few good bosses there and until now i still keep in touch with 'em..even diorang sume dah berpangkat and bergelar..they are all like my parents.

talking 'bout parents..semua org akan buat apa saja utk mak dan ayah
but..still ada yg sanggup ketepikan mak ayah
aku bukan malaikat...aku pernah buat silap
tapi aku bersyukur, Allah masih bagi aku kesempatan utk bahagiakan mak ayah
selagi diorang masih ada.. fikirlah siapa yang besarkan kita
siapa yang ikat perut semata2 nak kita sekolah? tatkala susah..siapa yang hulurkan bantuan
even sepatutnya anak yang ringankan beban diorang..
tak ada mak ayah yang sanggup nak rosakkan kebahagiaan anak2

hidup kita tak selalu indah
tatkala kita serabut dgn life..siapa tempat mengadu?
kadang2 kita nampak diorg senyum, tp kita tak nampak gelodak di hati
hati si tua mungkin dah tercalar..tapi belum terlambat utk mohon ampun
belas si tua mengenang cucu2..sayu hiba khabar ntah ke mana
jangan..jangan dan jangan

aku ulang lagi, jangan!
jangan sekali lagi kurang ajar.
lebih berkiblatkan orang dari keluarga sendiri.
sujud di sejadah, tanya pada yang Esa..bukan pada manusia!
selagi ada waktu..hitunglah..jangan ada sesalan dikemudian hari