Friday, November 30, 2012

patah paruhnya..

tak tergambar apa yg ada dalam hati tatkala ini..
bagai awan hitam berarak menampung titisan halus yang hanya menanti masa untuk jatuh membasahi bumi 
laman sendiri tak lagi seperti semalam
sangat asing walau selama ini depan mata
pudar segala..
diabai tanpa bicara
rajuk hati kian mengcengkam
geram!





Tuesday, October 9, 2012

cerita ceriti

sangat la penat lately
banyak kerja di ofis..and time ni jugak nak persiapkan rumah

aku jenis tak cakap banyak
andai my other half resist to do..
aku angkat tangan..sinsing lengan..buat sendiri

mmg makan hati
but what to do, kalau asik nak melayan kisah hati
sampai bila nak statik je
so i believe in myself, i can do better than who ever suppose to do la..
no wrong to be sad, but then need to wake up..look forward and start to walk, then run!!!

how i wish saat2 macam ni dapat pegi spa..
relax kan badan..relax kan minda
betis dah terasa sakit2 bila berjalan..
mau tak nye..last night pukul 12 baru sampai rumah
adhoc dinner nak entertain kawan lama dari Morocco
well..budi org jangan dilupa kan...
dengan kasut 3" tu panjat Menara KL..mana nak layan VVIP lagi
well..thats life
i learn new things every day, alhamdulillah.

there always plus and minus in life
sama je macam aku...


my fridge dah lama rosak..ye la, dah 8 years pun berbakti
kali pertama rosak..i just said, get a new one, its timely
but ade org tu insist jugak nak repair..den malas nak bising..layan je la

and last night tat kala aku sibuk bekerja di Menara KL
masuk SMS kata fridge meragam lagi and "I nak pegi beli sekarang"!!
hai..terus rasa frust...sbb yang menghuni dapur tu aku..
at least rasa berbunga2 hati kalau di tanya apa spesifikasi idaman kalbu kan
bukan nye beli fridge macam beli baju..hmmm
cuba pujuk suruh tunggu..tapi..
ntah la..asik2 makan hati..

justifiksi aku tak laku ke?
setakat ni all my justifikasi bukan main2...sampai juge ke pak menteri
just tak tulis je kat situ..dikarang dengan cik ******
apakan daya org di sisi tak value..

di dada komputer ni tempat meluah rasa.
alhamdulillah..moga esok ade sinar..
dugaan hari ini menjadikan aku lebih kuat...
alhamdulillah


Tuesday, October 2, 2012

celah kehidupan


tertarik tentang unsur bahagia bila baca posting sorang kawan
ye..bahagia tu terlalu subjektif,
masing2 ade definasi tersendiri and persepsi sendiri
ade yg bahagia bila duit banyak katanya
ade yg bahagia dikelilingi org tersayang

mcm2 la ayat org tgh bercinta "aku bahagia bila ko bahagia" hahaha..ye la tu ..sgt plastik!
aku? aku bahagia tatkala.. biarla rahsia..

Allah maha kaya merencanakan hidup setiap hamba-Nya
unik sekali percaturan, Subhanallah-Allahuakbar!
dan terpulang kepada manusia itu sendiri untuk memacu hidup
mewarnai kehidupan dengan aura putih atau hitam...
tepuk dada tanyaalah minda..jangan tanya selera..
(like this statement since masa sekolah time bahas2 dulu kala :) )

if we choose to be happy, maka bergembiralah kita
tapi kalau dalam hati rasa tak senang and asik jaki sana sini..
hmm..payah la..
kadang2 betul juga cakap2 orag lama..melayu ade sentimen PHD
ya..banyak contoh boleh dilihat around us

tak perlu la nak pursue PHD nan satu ni
sbb Allah dan tentukan rezeki masing2..
walau apa pun direncana utk tutup rezeki dia or just to ensure his/her life miserable..
but kalau Allah kata that rezeki is due for him/her..
siapa lah awak sebagai manusia kerdil nak deny ketentuan Allah..??

i believe in sharing (ilmu, rezki,) akan memberi keberkatan in what ever we do
sama juga konsep ikhlas..sbb Allah tak buta untuk menilai hamba-Nya :)
Dia sangat2 adil, Maha Agong!
so siapalah awak, manusia yang tak sempurna, nak mendabik dada kata awak dah lakukan keadilan??
and awak kata silap pihak satu lagi kenapa ia jadi begitu..
hmm...itu menunding jari jadinya
or..baling batu sembunyi tangan..ehh..both can apply in this topic lah!..hahahaha

hatta pihak satu lagi tu hanya tukang sapu di pejabat awak
tapi dia masih ade hak sebagai manusia
walau pun dia hanya secretary..tp dia masih ade hak utk dihormati 
dia juge menjalankan amanah yg dah diberi
so kenapa awak nak perkecilkan dia..??
 
fikir2 kan lah..





Thursday, September 27, 2012

bicara hati september 2012



 
again, blog nie kembali bersawang 
dek kerna busy kononnye..apa yg busy??
work?? never ending story...bosan.
life??..well ade naik turun, mcam2 hal
 
why today update? sbb ari ni terlantar kat rumah
badan dah sakit2..sore throat and agak panas..smpi diarhea
doc said coz demam n panas, tu yg semua sakit n diarhea
si kecik ni pulak nangis2 tak nak pegi rumah babysitter td..
siap peluk kaki lagi...sayu hati pulak nak tiggal..
at last bawa balik rumah
he just play with his lorries and tractors..tgk movie
mama? after kena ubat, terus terlentok. doc said my body need rest..
mujur boleh setkan tab ni for 2 movies..
so hakim stay still watch his favorite movies
sian anak mama...smbil tgk movie tgn dia pegang mama..
i'm touch!

well, bila mengenangkan anak..terlintas nak berhenti keje
dengan suasana yg tak memberangsangkan
penat rasanya asik telan apa org buat kat kita
cuba utk tak nak ambil pusing..tapi aku tetap manusia
as i menioned before, i take my job as amanah, and i'll try my best to fulfill the amanah
but..ade yg suka..ade yg tak suka..
and aku rasa, i'm not rewarded accordingly


 
betul, rezeki Allah yang tentukan and setiap yg terjadi ade hikmah

cuma, sekelumit titik hitam dalam hati menjentik rasa x puas hati 
buatkan aku down..sedih dgn kerenah manusia2 di sekeliling
aku dah menangis..tp smpi bila nak terus dan terus menangis
orang kata..pegi face to face, i did it..but.. it last no where
mungkin tanpa disedari ada punca yang menggalakkan environment sebegitu
aku dah kotakan apa yg sepatutnya..terpulang



 
dan kesekian kalinya..aku manusia..
mungkin sudah sampai masa utk aku melangkah
siapa tahu ada rezeki aku yang lebih baik di luar sana

kepada kawan2 yang layak ku gelar 'ibu' aku mengadu.. meluah rasa kecewa

 
dibuka ruang utk aku..terima kasih kerana memahami
bukan belas simpati yg aku minta
cukup sekadar kata semangat utk aku terus berjuang
meneruskan kehidupan dgn aman dan tenang
kata nasihat tak pernah lekang dibibir mereka. Thanks a lot ..
i miss the moment when i was  with them
 
Subhanallah
sungguh kerdil hamba-Mu ini ya Allah
hanya sekelumit dugaan-Mu aku hampir rebah
kan ku bangun kembali demi keluarga



Thursday, July 5, 2012

coretan dinihari

terkebil2 mata, tgk jam,dah pukul 2am
Allahuakbar, yet to perform my isya'
...

alhamdulillah, masih sempat menunaikan solat
ampuni aku ya Rab atas kealpaan hambaMu ini

...

lately aku sering terjaga di awal pagi  n ssh nak tido
mungkin Allah memberi aku peluang utk menghambakan diri padaNya
memuhasabah diri

usai kalimah Allah dibaca, aku jadi sayu
mengenang kehidupan dan liku sepanjang perjalanan
ya Allah, sesungguhnya Kau lebih mengerti dengan semua ketentuan ini
aku berserah kepadaMu ya Allah

feel bit weird lately
tak boleh sgt nak rushing2 do something, or serabut sgt
rasa x cukup nafas
feel like macam ditekan2 dada ni
Allahuakbar..mungkin dah sampai masa nak buat medical checkup
dah lama sgt postpone

x sabar nak balik kampung next week
dah lama x balik, last was when arwah along passed away
6 months ago..cepat masa berlalu, al-fatihah utk along

i miss everything at home..

mak dgn ayah pun dah rindu dgn hakim, my lil' intan payung (like cerita upin ipi tu..) few months jugak since their last visit to kl, last march i think

dah lama nk balik but asik postpone
sibuk pasal renovation, pastu economy x stabil..
n now, reno pun dah final stage, n kebetulan bbsitter pun cuti 3 hari
so aku decided, balik je la.
walau ekonomi sgt genting tp duit bila2 boleh cari ganti.
kluarkan ASB, simpan pun kalau dah smpi ajal,x sempat nak merasa hasil penat keje

don't wanna think 'bout problem so much
just think on the solution :)
masalah dah jd, so buang masa kalau asik pk 'why'
better think on how to resolve and how to improve
Allah maha kaya :)

Wednesday, April 4, 2012

i did it again

well..looking at the title.. berkali2 la terjadinya perkara nie
tiap2 kali kepala aku sesak..sure ade je yg aku buat di luar kawalan
and last night i did it again..


well..actually dah lama survey but i don't think i want to get it so soon
banyak hindrance.. but last night.. i just went there, got it and back home.
As simple as that..the impact, i will think later..

why..coz' i don't want to think so much at the moment
yang penting, i did not trouble anybody and everything on my own

what is it..tunggguuu.
I will update soon

Tuesday, March 27, 2012

sibuk

segalanya bermusim
spring,summer, winter, hujan panas semua ada
macam tu jugak dgn life, Allah maha kaya
diimbangi segalanya

now, musim aku tak sihat,dlm seminggu dah 3x jumpa doctor
punca sakit kepala (previous entry),demam, batuk and selsema
doctor ckp punca dari tekak, sakitnye la dada tiap2 kali batuk

terus affect mood bekerja yg memang dah 'mendung' since this few months
bukan tak nak rest kat rumah, tp ade pulak hal yang perlu diselesaikan
agak serius jugak. so terpaksa gagahkan diri masuk office walaupun batuk mcm nk runtuh bangunan
mmg sgt tak selesa.td smpai rasa mcm vertigo

byk benda perlu diuruskan slm satu masa
rumah tgh reno, kena cari dapur cepat sbb kontraktor dah nk buat tabke top
kena pk sal perkakas letrik,sbb nak buat wiring dah
aduhai,serentak!

anybody ade idea where i can get all those things with reasonable price?
lampu,kipas, hob and hood dapur,water heater.. apa lagi ek?
i need helppppppp!

Saturday, March 17, 2012

kasih ibu

hargailah mereka ketika ada

pagi td aku bangun, dah rasa tak sedap badan
kepala pun berat je
tapi dek sebab tak nak manjakan diri
also mengenangkan it's friday, aku gagahkan juge ke ofis

ingatkan bila breakfast ok,tp smpi ke petang
berdenyut2 kepala and sangat2 berat rasanya
iza bg panadol pun tak baik juge
baring kat surau, tak juge lelap

gagah tunggu sampai 5.30
then terus aku pecut kereta balik
manik2 peluh dingin mula terasa
tanya adik sape nak ambil mak dari rumah abang
sebab tak daya dah aku rasa

sampai rumah, buka gate, menonong aku masukrumah
just pass kunci kereta pd adik aku minta dia masukkan kereta ke porch
sangat2 berat kepala and berdenyut

dengar abang datang hantar mak, tp tak daya aku nak bangun
sakit sgt, aku ketuk2 kepala,tak juge kurang
tak tau nak buat ape, aku keluar baring dekat mak,tarik2 rambut
mak picit2 kepala aku, ayah ambilkan panadol and air
lega sikit rasa..tersentuh hati
tanpa diminta mak ayah tolong
nak ringankan sakit anak
andai td tak de mak ayah, maybe aku dah ketuk2 kepala ke dinding
tak de orang lain peduli sakit aku

hakim datang sayang,panggil mama berkali2
dia peluk mama, usap2 kepala,macam maktok buat
sayang anak mama

aku terlelap tatkala mak picit2 kepala
alhamdulillah, akhirnya aku terlena..rasa sakit hilang
bila terjaga..mak dah nak tido,ayah pun
esok mak ayah dah nak balik..how i wish i can go home as well

Wednesday, February 29, 2012

Ketentuan

Macam2 yang kita lalui dalam kehidupan
segalanya telah ditentukan Maha Esa
"setiap yang terjadi ada hikmahnya"
itulah kata2 hikmah yang tersemat dihati
sehingga hari ini.. pengubat duka lara aku selama nie

medium nie adalah catatan suka duka
memori hamba Allah yang bernama AKU
mungkin..suatu hari nanti..ini hanya tinggal kenangan
ini hanya luahan hati AKU, mungkin ada yang tak setuju
tak apalah..tepuk dada tanya minda.. masing2 ada pendapat sendiri

selalu bila mendung tiba
kita rasa dunia kita paling gelap gelita
tapi..kebenarannya..sering ada insan lain yang lebih derita
so..AKU sering kali kata pada hati
"sesungguhnya Allah tidak menduga jika Dia tahu kita tak mampu menghadapi ujian-Nya"

aku jadi terbuka mata
bila menelusuri kehidupan seorang yang cukup aku kenali
kami membesar bersama
cukup jika aku namakan dia "Siti" (bukan nama sebenar) ~ mcm ruangan gossip pulak!

aku sangkakan hidup dia bahagia selama ini
wang ringgit bukan masalah baginya
kata Siti, "alhamdulillah, cukup makan pakai dan ada sedikit simpanan"
dia sentiasa senyum..seolah2 tiada duka
tapi...siapa sangka dia menanggung hiba
salah siapa semua ini??

di sebalik tirai senyum
terbuku hati yang amat terluka
hari-harinya dilalui dengan deraian air mata
andai tirai ruang itu mampu bersuara..pasti dunia tahu perit duka Siti
hampir 10 tahun bergelar isteri, Siti hanya pasrah dengan ketentuan
katanya "redha itu jika kita ikhlas, pasrah pula bila kita berserah"
tersimpul seribu makna dalam kata2

aku tahu, Siti memendam rasa
di saat dia perlukan sokongan, mana dahan yang sepatutnya menjadi tempat berpaut
di kala dia perlukan teman, hanya ruang bisu dan dinding batu yang menemani
semua dengan alasan "tuntutan tugas", dan Siti dibiar melayari rumahtangga sendiri
Allahuakbar..aku sangkakan aku begitu berat diduga
rupanya Siti...harinya sentiasa ditemani air mata!

Salahkah jika Siti terlalu berdikari?
sehinggakan pihak sebelah lagi menggunakan alasan 'Siti boleh berdiri sendiri'
tak perlukah Siti dikasihi?
tak perlukah Siti dilayan sebagai isteri?
yang sepatutnya disayangi???
cukupkah sebuah perkahwinan hanya dengan ucap akad hampir 10 thn yang lalu??
cinta dan sayang tak perlu dibaja?kasih setia tak perlu diungkap kata?

perkahwinan adalah satu perjanjian perkongsian - segala tanggungjawab dan isi kehidupan
andai perjanjian itu tidak lagi relevan, adilkah Siti terpaksa 'mengimbangi' segalanya..?
demi ikatan yang berlandaskan perkongsian??
andai seketika, aku simpulkan ia sebagai pengorbanan..demi kasih pada dia
tapi andai berlarutan.. timbul persoalan.. adilkah ia untuk Siti?
jengah bila selesai tugas..itupun sehari dua
sekali sekala bersua, bukan sapa mesra yang diterima..
tapi hati terus terguris..kata diluncur tanpa mengira hati Siti yang sepi

aku hiba tiap kali Siti berkongsi duka
bukan dia buka pekung di dada
tapi aku tahu..dia perlukan sahabat untuk bercerita
meluahkan duka lara..kecewa
sendu dan dukanya tak mampu lagi ditanggung sendiri
di manakah hati dan perasaan seorang lelaki bergelar suami??
cacatkah pancaindera suami atau dah kabur mata hati
dek lantaran terlalu taksub dengan gaji????

namun, sebagai sahabat..aku hanya telan semua persoalan ini
aku tak mahu menyusutkan keadaan sahabatku ini
aku cuba cipta suasana ceria
dengan harapan, Siti mampu melupakan seketika derita hibanya
agar dia tahu, masih ada insan lain yang menghargai dia

aku sering tertanya2 sendiri
sampai bila Siti mampu bertahan dengan dugaan ini
sampai bila Siti nak berdiam diri?
betulkah tindakan Siti berdiam diri, demi mengelakkan pertelingkahan?
kusut katanya nanti..and kata Siti, dia pernah cuba bawa berbicara
namun..api amarah yang dia terima..
lantas..dia rasakan berdiam adalah cara terbaik
biarlah dia menjeruk rasa.. pilu hati aku mengenangkan kisah Siti
kenapa??? ntahlah..

apapun, sebagai sahabat..
aku mendengar..dan aku doakan ada sinar bahagia untuk Siti
Moga Allah terus memberi kekuatan dan kesabaran buat mu teman..

kata Siti, lagu Ombak Rindu macam kata hati dia..
Siti..siti..ko masih macam dulu :) .. setia pada cinta

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku

Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Hanya mampu berserah
Moga cahaya tiba nanti

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya

Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku








Tuesday, February 14, 2012

naluri

Alhamdulillah, Allah masih beri aku kesempatan utk bernafas di atas muka bumi
terjaga dari tidur, jam pukul 12am
macam tu lah lately
aku susah nak melelapkan mata kalau dah terjaga
selalu smpi 4-5 pagi and sometimes smpi ke subuh

malam ni, agak membahang
kipas yang berpusing pun tak terasa
hakim dah 3-4 kali berpusing and merengek2
sian anak mama
nampak gaya aircond kena on smpi ke pagi la

bila aku bangun nak on aircond, si kecik ni pun bangun
dgn mata terpisat2 dia pggil mama, tunjuk susu
lately kerap juge dia terjaga and minta susu
agaknya sbb panas,tekak pun cepat kering
bila aku hulurkan susu, dgn mata pejam tu dia angkat tangan baca doa
alahai sayang, sejuk hati mama

sambil2 tggu anak minum susu, aku browse FB
terpandang posting alang sal along, berderai air mata
aku jadi sayu tiap kali baca posting sal along
i miss her, terasa macam dia still ade..she was so kind
moga rohnya ditempatkan di kalangan roh orang beriman
sesungguhnya mati itu pasti, dan aku juga akan menyusul
makin laju air mata

agaknya hakim pun pelik mama nangis pepagi buta
setiap kali dia nampak aku nangis, he will come and hug me
and that was what he did just now
he asked me to sit beside him..and dia sambung tidur atas riba
syukur akhamdulillah, Allah kurniakan aku seorang anak penawar duka
moga hakim jadi anak yang soleh ye sayang

aku observe,hakim pun a bit sensitive and soft hearted
selalu peluk cium mama dengan ibu (baby sitter)
selalu sayang2 kakak..
well, maybe hakim ter-influence sbb surrounding hakim hanya ade mama and ibu
sian hakim
moga Allah terus memberi kekuatan dan ketabahan utk menempuh hari2 medatang

Wednesday, January 11, 2012

berfikir

penyakit lama kembali lagi, ssh nak tidur.
maybe sbb aku terlalu byk berfikir
apa yg aku fikir? macam2.. hal keje, hal anak, tentang diri,tentang kehidupan

recently terfikir,perlu ke tak aku pindah
actually dah selesa dgn surrounding sekarang
tesco dekat, semua kemudahan 5 minit je dari rumah
anak ade babysitter yg baik, just nak pegi keje je jauh
about 63km pegi balik

area baru, separuh pun x smpi compared to distance skrg
tp tu la, facilities semua kat area bangi la, about 10 to 15mins dari rumah
yg paling aku risau, sape nak jaga anak..huhu
susahnye nk decide, any idea?

Tuesday, January 10, 2012

sayu

selamat tinggal 2011..bersama segala memori
bak kisah 1001 malam.. dalam realiti kehidupan
kisah seorang insan bergelar anak, adik, kakak, isteri dan mama..

lembaran 2012 bermula
kesabaran dan keteguhan hati seorang wanita terus-terusan diuji
moga Allah tetap memberi aku kekuatan untuk menempuh hari-hari mendatang

1 Januari 2012
Along, sepupu yg paling rapat kembali ke rahmatullah
siapa sangka dlm usia yg begitu muda dia tinggalkan kami
terbayang zaman kecil kami
waktu cu dalam pantang
akulah yg jadi tukang angkat lampin si kembar dari ampai
aku lah tukang basuh botol susu diorang
we grow up together..
bila diorang duduk rumah sendiri, aku selalu tunggu hujung minggu bila diorang balik kampung



bila besar, along different dari angah
sgt berdikari and lembut orangnya
selalu pendam rasa and akulah pendengar setia
Along, moga Allah cucuri rahmat ke atas rohmu dik
~Al-fatihah~