segalanya telah ditentukan Maha Esa
"setiap yang terjadi ada hikmahnya"
itulah kata2 hikmah yang tersemat dihati
sehingga hari ini.. pengubat duka lara aku selama nie
medium nie adalah catatan suka duka
memori hamba Allah yang bernama AKU
mungkin..suatu hari nanti..ini hanya tinggal kenangan
ini hanya luahan hati AKU, mungkin ada yang tak setuju
tak apalah..tepuk dada tanya minda.. masing2 ada pendapat sendiri
selalu bila mendung tiba
kita rasa dunia kita paling gelap gelita
tapi..kebenarannya..sering ada insan lain yang lebih derita
so..AKU sering kali kata pada hati
"sesungguhnya Allah tidak menduga jika Dia tahu kita tak mampu menghadapi ujian-Nya"
aku jadi terbuka mata
bila menelusuri kehidupan seorang yang cukup aku kenali
kami membesar bersama
cukup jika aku namakan dia "Siti" (bukan nama sebenar) ~ mcm ruangan gossip pulak!
aku sangkakan hidup dia bahagia selama ini
wang ringgit bukan masalah baginya
kata Siti, "alhamdulillah, cukup makan pakai dan ada sedikit simpanan"
dia sentiasa senyum..seolah2 tiada duka
tapi...siapa sangka dia menanggung hiba
salah siapa semua ini??
di sebalik tirai senyum
terbuku hati yang amat terluka
hari-harinya dilalui dengan deraian air mata
andai tirai ruang itu mampu bersuara..pasti dunia tahu perit duka Siti
hampir 10 tahun bergelar isteri, Siti hanya pasrah dengan ketentuan
katanya "redha itu jika kita ikhlas, pasrah pula bila kita berserah"
tersimpul seribu makna dalam kata2
aku tahu, Siti memendam rasa
di saat dia perlukan sokongan, mana dahan yang sepatutnya menjadi tempat berpaut
di kala dia perlukan teman, hanya ruang bisu dan dinding batu yang menemani
semua dengan alasan "tuntutan tugas", dan Siti dibiar melayari rumahtangga sendiri
Allahuakbar..aku sangkakan aku begitu berat diduga
rupanya Siti...harinya sentiasa ditemani air mata!
Salahkah jika Siti terlalu berdikari?
sehinggakan pihak sebelah lagi menggunakan alasan 'Siti boleh berdiri sendiri'
tak perlukah Siti dikasihi?
tak perlukah Siti dilayan sebagai isteri?
yang sepatutnya disayangi???
cukupkah sebuah perkahwinan hanya dengan ucap akad hampir 10 thn yang lalu??
cinta dan sayang tak perlu dibaja?kasih setia tak perlu diungkap kata?
perkahwinan adalah satu perjanjian perkongsian - segala tanggungjawab dan isi kehidupan
andai perjanjian itu tidak lagi relevan, adilkah Siti terpaksa 'mengimbangi' segalanya..?
demi ikatan yang berlandaskan perkongsian??
andai seketika, aku simpulkan ia sebagai pengorbanan..demi kasih pada dia
tapi andai berlarutan.. timbul persoalan.. adilkah ia untuk Siti?
jengah bila selesai tugas..itupun sehari dua
sekali sekala bersua, bukan sapa mesra yang diterima..
tapi hati terus terguris..kata diluncur tanpa mengira hati Siti yang sepi
aku hiba tiap kali Siti berkongsi duka
bukan dia buka pekung di dada
tapi aku tahu..dia perlukan sahabat untuk bercerita
meluahkan duka lara..kecewa
sendu dan dukanya tak mampu lagi ditanggung sendiri
di manakah hati dan perasaan seorang lelaki bergelar suami??
cacatkah pancaindera suami atau dah kabur mata hati
dek lantaran terlalu taksub dengan gaji????
namun, sebagai sahabat..aku hanya telan semua persoalan ini
aku tak mahu menyusutkan keadaan sahabatku ini
aku cuba cipta suasana ceria
dengan harapan, Siti mampu melupakan seketika derita hibanya
agar dia tahu, masih ada insan lain yang menghargai dia
aku sering tertanya2 sendiri
sampai bila Siti mampu bertahan dengan dugaan ini
sampai bila Siti nak berdiam diri?
betulkah tindakan Siti berdiam diri, demi mengelakkan pertelingkahan?
kusut katanya nanti..and kata Siti, dia pernah cuba bawa berbicara
namun..api amarah yang dia terima..
lantas..dia rasakan berdiam adalah cara terbaik
biarlah dia menjeruk rasa.. pilu hati aku mengenangkan kisah Siti
kenapa??? ntahlah..
apapun, sebagai sahabat..
aku mendengar..dan aku doakan ada sinar bahagia untuk Siti
Moga Allah terus memberi kekuatan dan kesabaran buat mu teman..
kata Siti, lagu Ombak Rindu macam kata hati dia..
Siti..siti..ko masih macam dulu :) .. setia pada cinta
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku
Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku
Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung
Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku
Hanya mampu berserah
Moga cahaya tiba nanti
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku