Sunday, May 8, 2011

rencah


tahap tertekan tu..hanya Allah yang tahu
macam2 rencah dah aku rasa
aku lalui..

aku cuba divert-kan frustration sebaik mungkin
aku cuba jadi positif.. tp aku hanya manusia kerdil
hati aku tetap terguris

aku cuba jauhkan diri dr anasir negatif
bercakap jika perlu...
tp still ade juge fitnah demi fitnah yang melanda
tak tahu apa isi hati mereka
aku hanya mampu berdoa
moga Allah bukakan hati-hati mereka
agar menghargai dan menghormati hak sesama manusia

kadang kala kita rasa kita je betul
org lain kita asik nampak kurang sana sini
orang yang melaksanakan amanah tugas di kata "zombie"
konon asik kerja tapi x tau bergembira
orang yang berjimba2 itu yang di mata
kerja.. entahlah.. tapi kipas 5 kuasa kuda
ketahuilah.."zombie2" itu juga punya hati
bukan kaku tp bergembira ada masa ada harinya
berdiam diri pun tetap ada yang iri
apatah lagi kalau hungga2 setiap hari

aku teringat ungkapan Che Det
"Melayu mudah lupa"
memang! bukan nak mengungkit..tapi rasa teraniaya
kala tersepit...berjurai2 airmata.. mohon difahami
sebagai manusia...aku membantu seadanya
tp x tau mana silap..kala rasa dia gah di mata "kepala"
dia mula sembur bisa..jaja cerita kawan merata2
"aku benci dia" katanya
wahai kawan.. dunia nie tak luas mana
sampai jugak cerita2 ke telinga
aku hanya mampu ucapkan "alhamdulillah"
Allah maha kaya.. amin
maaflah..aku sebolehnya tak nak melatah
sekali lagi aku berserah pada yang Esa

aku bukanlah manusia makam dewa
aku memang terluka dan tertunduk hiba
hati aku berkata2 tp cukup lah setakat itu
tak perlu aku announce or sebarkan satu dunia

Allahuakbar..terasa hambar seketika
sayu hati..dugaan bertimpa2
yang dekat yang jauh..sama saja

aku dambakan ketenangan
aku impikan kebahagiaan
tapi mampukah aku...???

Lirik Lagu Layang Layang Terputus Talinya – Alleycats

Berarak mendung kelabu
mengekori langkahku
sepanjang kehidupan
penuh dugaan
namun aku tetap akur

Ku cuba dan terus mencuba
mencapai suria
walau membakar jiwa
walau aku dihina
namun aku tetap akur

Derita oh derita
engkau dimana-mana
walaupun jauh aku lari
mahupun berdiam diri

Namun indah mimpi dari realiti
hidupku tanpa arah
bagaikan layang-layang
terputus talinya

Derita oh derita
engkau dimana-mana
walaupun jauh aku lari
mahupun berdiam diri
namun indah mimpi dari realiti
tapi pasti di suatu hari
nanti sinar suriakan menjelma…








No comments: