Friday, November 6, 2009

apa nak jadi

aku baru je menjengah pintu rumah.. 15jam ++ aku kat pejabat..
mmg tegang jek bahu n tengkuk aku ari nie.. urgent proposal kn siapkan mlm td
esok dah kena hantar as requested by orang Jeddah..adeh..berpinar mata

bila aku balik..terus aku jengah ikan2 aku..
sian la..tinggal sekor dah.. rupanya si ibu merah n anak kecil dah terapung


keciwa utk kesekian kalinya.. adik aku kata x yah la bela apa2, hentikan saja
dari kecik bela kambing ..kambing mati.. (haha..now i remember why asik ingat kambing)
inikan pula ikan2 kerdil tu.. aduhai..kena la aku beli ganti baru
sian si ikan nie nnt lonely dalam akuarium sorang2..

ade sesapa tau cam ne nak bela ikan gappi nie??
or other small fishes.. aku suka tgk ikan2 berenang
tenang jek..please.. anybody?

Wednesday, November 4, 2009

anak kambing and tribute to friends







hari nie ntah knp lagu kambing berlegar2 di kepala aku
"dimana dia..anak kambing saya..anak kambing saya..."
haha..kelakar la..abis x de binatang lain nak diingat..
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

berbalik kpd my life..alhamdulillah i'm enjoying my life now..thanks to all my friends.. you really make my day.. tanpa mengira beza usia..pangkat atau darjat.. kita boleh bergelak ketawa sama..nangis pun sama..(copp..aku rasa "kakak sulong" and "abang sulong" aku jek nangis sama..haha..autch!) thanks friends.

and to my previous boses..terima kasih banyak2 atas tanda ingatan..terharu! betul kata pepatah..time kita ditimpa kesusahan baru kita mengenal siapa kawan dan siapa insan yang menyayangi kita..and aku bersyukur, aku punya ramai kawan yang ikhlas dan ramai 'ayah dan ibu' yang mengambil berat

Monday, November 2, 2009

fishy

"i'm not trying to be fishy..."
itu sentence yang selalu kita dengar kan..

nothing..just ade kena mengena dengan.."hobi impian"
since my day is surrounded by computers and all curvy2 things,
then working with serious strategic matters
hari-hari yang yang penuh aura tegang
tu belum masuk tegang dengan persekitaran sekeliling
terus kejung! haha..

to balance the aura.. i always want this...hmm??

so last Sunday i got myself one small aquarium with few little "fishes"..haha..
that's what budak nemok call the fish
and yang penting dah ade taman air dalam nya..i like!

terbang jugak duit aku..walaupun kecik but harga hmm..boleh tahan jugak la
but anyway, i want to enjoy my life as long as i can afford it
tak salah aku rasa sbb dah bertahun2 aku berkerja keras
jarang sgt utk belanja diri sendiri
sanggup catu air sbb nak jimat
(haha..sian adik2 aku dapat kakak ceti nie..jd ceti air..haha)

so skrg aku rasa aku perlu menghargai diri aku
if ditakdirkan ari tu aku ... rugi wo! penat simpan duit but x rasa nikmatnya
tengok je la rumah n kete aku..ntah bila nak bertukar


berbalik pada citer 'fishy' nie
yang aku geramnya..baru 2 ari ikan nie kat umah..
dah 3 ekor menemui ajal..yang ke-4 sedang bertarung nyawa nie
kompius aku..

sedih sbb this is the thing yang aku nak, since i was small
dulu kecik2 tak mampu..abang aku gi tangkap ikan laga letak dalam botol nescafe
itu je la penghibur hati

aku selalu angankan sebuah akuarium yang agak slim
and panjang menghiasi dinding umah aku (dalam dinding 'kay)
with the lighting and colorful small fishes, ade tumbuhan air skit with pasir n batu2
aman rasa tgk ikan2 berenang dalam air

pastu nak cuci..haa baru pening kepala..haha
but anyway..how i wish i can have one

Tuesday, October 27, 2009

hasil terakhir

semalam hajat nak baking something utk hubby and kawan2 opis
bukan apa..sebagai tanda kesyukuran..aku dah beransur sihat

baru campur tepung n telur, mixer aku tetiba jek stop pusing
aduhhhh..rosak pulak dia
belek kiri kanan atas bawah..hmm..confirm dah good bye

alahai..lemah semangat nak uli tepung nak buat roti dengan kudrat ku
dah le baru kuar spital...hmmm..pk punya pk..tepung dah, telur dah..
terus aku tuang coklat n gula..apa lagi..muffin je la..
kacau dlm 10 minit..dah jadik adunan

so ini la hasil terakhir mixer ku



hmm..alamatnya, this going to be the last time aku baking..
sementara tunggu aku beli mixer baru..hehe
dah lama dah aku skodeng satu brand nie..mmg kualiti tidak meragukan
international brand..but harga dia 4 angka..
sayang pulak nak kuar duit 4 angka for 1 item..
so aku tgh berkira2.. nak beli sekarang or tunggu dulu

even skrg aku berazam utk menikmati hidup selagi termampu
but kena jugak berkira2..hujung tahun 2009 and awal tahun 2010 banyak plan..

Monday, October 26, 2009

insaf


kelu..x tau mana nak start
nearly one week tersadai kat hospital buat aku insaf seketika..
aku ingatkan aku bakal bertarung dengan maut.. macam2 benda terlintas dalam kepala..

nie gara2 Dr kat klinik depan umah tu buat aku kecut perut
sampai klinik mmg aku dah weak gila.. terus ke ER
Dr trus check aku (potong que tu..hihi..sorry la ye patient2 lain..)
"cepat bawa ke hospital, I suspect bleeding dalam kepala!!"
adehhh..tersentap jantung aku!! bila pulak kepala aku terhantuk?? ish..sempat pk lagi tu..
pastu mula la ayat2 cemas Dr tadi kat hubby aku..lagi la aku panic

pastu aku lak buat ayat kejung, "Dr, tolong panggil ambulan"
Dr tanya kenapa "husband sy bawa kete cermat sangat, lambat nnt"
kihkihkih..lawak lak bila aku ingat.. Dr pun sempat sengih..pastu Dr suh hubby aku cepat2 ke spital..

mmg la hubby aku nie pemandu yang cermat, 3 trafic light dia berhenti walaupun x de kete..adehhh.. kalau le aku ade kudrat time tu, mmg aku suh dia berhenti n aku drive..sabo' je..

aku masa tu macam2 bagi amanat kat hubby..minta ampun segala..sempat lagi ingat duit ASB and sume account bank..hihi.. tapi penting tu untuk mak ayah n adik2 aku..ye lah, kalau Allah kata dah sampai masa aku..baik bgtau siap2 kan..

sampai hospital, 4 jam aku kat ER coz went thru' CT scan, then test darah n segala macam test
pelik juge aku naper lama sangat tersadai situ..rupa2nya insuran aku lambat clear, hampes!!!
last2 aku suh hubby bayar dulu deposit..hmm..nama pun private, letak duit x sampai 10 minit aku dah masuk wad..haii..itu la realiti.

sepanjang kat wad, aku terpk..andai kata Allah ambil nyawa aku time tu..amalan aku belum cukup..dosa pd mak ayah..pd orang sekeliling.. apa kesudahan aku? ade ke orang yang sedih andai aku tiada? and kesimpulannya - berbuat baiklah selagi kita terdaya..jangan ada iri dan dendam..well sebagai manusia kita tak dapat lari dari semua tu..tapi teruskan mencuba utk buang gejala PHD.. makin bertambah usia, makin 'tunduk' kita hendaknya, ikut resmi padi..

and hari ini, Allah masih bagi kesempatan utk aku bernyawa..and hopefully aku menjadi orang yang lebih baik, dapat berbakti kepada keluarga dan mereka yang memerlukan, amin.

Friday, October 23, 2009

menghitung detik


Bosan-jugak kat hospital nie,hari2 tanya doc bila boleh balik..rimas asik terbaring jek.. Thanks to kawan2 yang dtg melawat and ramai yang call n sms. Terima kasih byk2 atas ingatan korang..u know-who you are..hehe

Wednesday, October 21, 2009

at the hospital

new environment since last monday night..hehe..
I've been admitted to KPJ Kajang
Why? Sebab Allah nak uji hamba-Nya
dah lama sihat kan..

bosannye la duduk hospital
dah gone thru' CT scan and MRI and alhamdulillah everything's ok
supposedly hari nie fly ke Kuching on official matters
nampak gaya..x de rezeki jugak la

happening bila ari selasa my offismate dtg melawat, my big boss pun ade..
sempat gak kasi amanat kat diorang sambil jeling2 bos..hehe..
keje tu keje juge..but apa pun kn rest..jaga bp

well, x tau bila boleh kuar
bosan gila duduk hospital
waaa..nak balik..keje byk kat opis!!